Tuesday, June 17, 2008

Itu & ini, Apa sudah Jadi

Macam-macam yang diperkatakan kebelakangan ini, politik di Malaysia kini amat meriah sekali. Tapi apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah ini semua perlu berlaku dan apakah manfaatnya kepada rakyat Malaysia?

Dari sebelum minyak naik, sekarang ni beras, tepung dan segala makanan dah naik, cuma yang tak naik gaji pekerja sahaja. Sepanjang hidup saya, inilah kali pertama saya amat berminat sekali untuk mengetahui berita politik semasa. Kalu dahulu... bila berita sahaja buat endah tak endah aje.

Kini bukan sahaja berita perdana, malah setiap jam sentiasa mencari berita daipada blog dan laman web media masa. Saya bersetuju dengan pemerintahan yang ingin menumpukan perhatian kepada kemelut kenaikan harga kini.

Tapi malangya, hampir kesemua langkah yang di syorkan seperti menambah beban atau satu keputusan yang kurang munasabah. Apakah sebenarnya di fikirkan kerajaan? atau adakah rakyat terlalu bodoh, hinggakan hanya kerajaan sekarang ini sahaja nampak akan kebaikan atas tindak-tanduk kerajaan?

No comments: