Saya tidak tahu dengan pendapat ahli UMNO, tetapi rata-rata orang ramai yang ditemui tidak berapa senang dengan pemilihan Datuk Seri Najib sebagai Presiden Umno. Merak berpendapat bahawa beliau patut menjadi Presiden UMNO, akan tetapi tidak pula bersependapat untuk menjadi sebagai PM.
Ini adalah kerana rekod yang kurang baik Datuk Seri Najib. Terlalu banyak gossip dan skandal peribadi yang didengari, sama ada ianya adalah betul atau tidak ianya tidak begitu relavan. Ini adalah kerana mereka cuba membandingi gossip-gosip yang ada semasa pemerintahan Tun dulu. Tun juga bukan tak ada gossip, tetapi ianya lebih kepada cara pemerintahan Tun, bukannya hal ehwal peribadi.
Datuk Seri Najib mempunyai musuh yang ingin menjatuhkan beliau, akan tetapi kita tidak boleh lupa yang Tun juga mempunyai masaalah yang sama. Persoalanya kenapa musuh Dt Seri Najib mengasak kehidupan peribadi beliau?
Sama-samalah kita fikirkan...
No comments:
Post a Comment