Wednesday, August 27, 2008

Permatang Pauh

Ape yang telah di jangkakan, kini menjadi kenyataan. DSAS telah pun memenangi pilihan raya kecil P44 (Parlimen Permatang Pauh). Apa yang sepatutnya dilakukan oleh PM tidak dilakukan, amat mudah untuk ita menyatakan bahawa jika beliau berundur dari menjadi PM DSAS mungkin tidak dapat memenangi kerusi tersebut.

Walaupun begitu, untuk BN memenangi kerusi kawasan tersebut adalah sesuatu yang hampir mustahil. Tetapi saya berpendapat kemungkinan jika tindak-tanduk yang dilakukan oleh BN tidak menyakiti hati rakyat, kemungkinan ada harapan.

Isu sumpah menyumpah ini pada saya sepatutnya tidak dibawa ke kancah politik. Ini hanya menimbulkan keadan yang lebih huru-hara dan memalukan ugama Islam dimata dunia. Apakah yang benar2 boleh dicapai dengan aksi bersumpah ini dikalangan rakyat bermasyarakat majmuk ini.

Bukan saya tidak percaya, tetapi sebagai orang islam saya mempercayai dan harus mempercayainya. Akan tetapi yang lebih penting hasil yang ingin dicapai dari tindakan itu dan juga impak masyarakat dunia terhadap Islam dan Malaysia amnya.

Hari Jumaat ini adalah hari pembentagan bajet negara, dan setelah sekian lama DSAS tidak menjadi ahli Parlimen, beliau kini kembali bergelar YB. Ada desas-desu mengataan bahawa selepas kemenangan DSAS,15 kerusi parlimen BN akan lompat parti dan "undi tidak percaya" akan diusulkan sekali lagi.

Apa yang boleh rakyat buat? Bukan rakyat tidak mahu membantu, tetapi pemimpin perlulah menyedari bahawasanya amaran demi amaran telah diberikan kepada mereka, akan tetapi mereka masih merasakan yang mereka ini diperlukan oleh rakyat.

No comments: