Sejak daripada pengumuman oleh DSAI bahawa pada tanggal 16 Sept 2008, akan
adanya perubahan kerajaan, semua orang begitu sibuk sekali. Rata-rata
semuanya berbincang impak kepada perubahan tersebut dan adakah ianya boleh
terjadi.
Walau apapun yang berlaku dipihak kerajaan, rakyat masih di tahap yang sama
atau lebih buruk dari keadan sebelumnya. Oleh itu kita perlulah mengimbangkan
aktiviti semasa kita dan perlu lebih menumpukan kearah menambahkan
produktiviti.
Tup tap tup tap, sudah enam bulan kerajaan BN memerintah selepas PRU yang ke
12. Minyak dah naik dan dah juga turun (walaupun tidak ketahap lama).
Komponan BN yang dikatakan akan keluar parti sudah pun berbuat demikian
walaupun terdapat segelintir ahli yang tidak bersetuju dengan majoriti ahli.
Ramadhan telah pun berlalu 17 hari, cuba kita renungkan apa yang telah kita
lakukan pada ramadahn ini? Adakah lebih baik dari tahun2 yang lalu atau lebih
teruk. Jika ianya lebih teruk, kita perlulah memperbaiki keadan ini sementara
masih ada baki Ramadhan Mubarak ini.
Sibuk-sibuk juga jangan hingga terlupa untuk menunaikan fardu zakat untuk
tahun ini. Ini hanyalah ingatan untuk saya dan sesiapa sahaja yang
memerlukanya.